Friday, February 26, 2010

Homestay Kg Kanchong Darat, Banting, Selangor.


Pada 5 hingga 7 Mac yang lalu,  UiTM International Center (UIC) dengan kerjasama Kementerian Perlancongan telah menganjurkan Program UiTM Homestay Community Service 2010 bertempat di Kampung Kanchong Darat, Banting, Selangor.  Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada international student, pelajar Fakulti Pengurusan Hotel dan Perlancongan, dan ahli PEERs. Seramai 5 orang AJK 2010 PEERs telah mengikuti program ini iaitu Presiden PEERs sendiri, Wan Zulhazri B Wan Zulkifli, Mohd Fadlihisyam B Ishak, Nurul Jannah Bt Hashim, Norazlin Bt Mohamad Taslim, dan Nurfarahin Bt Mohd Shuib. 
Antara tujuan program ini dijalankan ialah untuk memberi pendedahan kepada international student tentang adat dan budaya masyarakat Melayu di negara ini.  Selain dapat menambah kenalan baru, secara tidak langsung ianya dapat menigkatkan lagi communication skills di kalangan peserta.
17/2/2010 (Rabu)
Peserta bertolak dari UiTM ke lokasi pada jam 1.00 tengahari dengan diiringi oleh pensyarah dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Perlancongan iaitu En Aliffaizi Arsat dan En Ahmad Fitri Amir.  Kami tiba di Kg Kanchong Darat pada jam 3.30 petang selepas berhenti sebentar untuk makan tengahari.  Setibanya kami disana, kami telah disambut dengan Bunga Manggar dan Persembahan Silat daripada penduduk kampong tersebut.  Kemudian kami diberi penerangan secara ringkas tentang aktiviti sepanjang program sebelum diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing.  Setiap keluarga angkat mendapat 3 orang anak angkat dimana sekurang-kurangnya ada seorang peserta Melayu di dalam rumah tersebut bagi memudahkan keluarga angkat berkomunikasi dengan international students.  Pada waktu petang hingga malam kami diberi peluang untuk berehat dan berkenel-kenalan bersama keluarga angkat masing-masing.
18/2/2010 (Khamis)
Pada sebelah pagi, para peserta telah didedahkan dalam bidang keusahawanan dimana mereka telah dibawa melawat ke tempat pemprosesan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dimana industry ini bertaraf glokal seperti yang sedang disarankan oleh kerajaan.  Tempat pertama yang dilawati ialah kilang sejukbeku yang menghasilkan makanan sejukbeku seperti karipap, samosa, popia dan sebagainya.  Kedua ialah kilang yang mengeluarkan khusus kerepek berasaskan ubikayu dimana terdapat pelbagai jenis perisa contohnya perisa original,BBQ, black paper, ubi pedas dan lain-lain lagi.  Seterusnya, kami dibawa melawat kilang Mama Jun’s iaitu pengeluar kuih-kuih tradisional masyarakat Melayu seperti bahulu, kuih sepit, bahulu lapis, kuih Loyang dan sebagainya.  Selepas itu, kami pergi melawat rumah contoh di kampong tersebut.  Rumah tersebut masih mengekalkan ciri-ciri keasliannya dengan dihiasi laman lanskapnya ynag tersendiri.  Kami pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing pada waktu tengahari untuk makan bersama mereka.
Aktiviti pada sebelah petang pula melawat tempat-tempat bersejarah bagi kampung tersebut seperti makam Sultan Selangor yang terletak di Jugra, Istana lama, Masjid pertama yang didirikan di Selangor dan Pantai Kelanang.
Untuk pengetahuan semua, kami dimaklumkan bahawa di kampung ini majoriti penduduknya adalah masyarakat Jawa.  Apa yang menariknya, aktiviti sebelah malam ialah makan Nasi Ambeng dimana ianya cukup sinonim dengan masyarakat Jawa kampung ini.  Majlis dijalankan di rumah Pn Tusiah iaitu salah seorang keluarga angkat.  Antara menu yang terdapat dalam Nasi Ambeng ialah nasi putih, serunding, ikan kering, sayur tumis dan bihun goreng.  Ia dihidangkan didalam dulang besar yang boleh memuatkan kira-kira 6 orang dan dimakan bersama keluarga angkat masing-masing.
19/2/2010 (Jumaat)
Pada sebelah pagi, para peserta berkumpul di Pusat Aktiviti bagi menjalankan akiviti seterusnya.  Slot pada pagi ini ialah persembahan multimedia tentang adat dan budaya di negara international student masing-masing.  Pelajar sekolah rendah Kanchong Darat telah dijemput hadir bagi melengkapkan lagi majlis kerana pada slot ini juga international students’ telah mengajar beberapa perkataan Arab dan Thailand kepada mereka.  Pelajar tersebut sungguh gembira dan teruja kerana dapat berjumpa dengan international student’s yang cukup peramah dengan kanak-kanak.  Satu forum berkaitan tentang Homestay di Kg Kanchog Darat juga telah diadakan oleh pihak penganjur dan para peserta.  Pada jam 1pm, keluarga angkat telah menjemput para peserta balik untuk makan bersama serta menunaikan solat Jumaat bagi lelaki.  Pada sebelah petang, para [eserta dibahagijan kepada dua kumpulan untuk membuat aktiviti gotong royong iaitu di Tadika Kemas dan Pasti.  Gotong-royong royong juga disertai oleh ibubapa pelajar di tadika tersebut.  Aktiviti ini tamat pada jam 6 petang.
Pada malam terakhir ini, satu jamuan makan malam telah diadakan bersama keluarga angkat.  Antara menu yang disediakan ialah ikan bakar, satay, nasi goreng, air kelapa dan sebagainya.  Terdapat juga persembahan Karaoke daripada para peserta.  Pada masa inilah para peserta dapat meluangkan masa bersama keluarga angkat mereka disamping mengenali mereka dengan lebih rapat lagi.  Suasana sungguh meriah dan majlis tamat pada jam 11.30 malam.
20/2/2010 (Sabtu)
Pada pagi terakhir ini, para peserta didedahkan dengan permainan tradisional masyarakat Melayu seperti Konda Kondi, tarik upih, gasing, dan wau.  Selain itu, mereka juga diajar oleh keluarga angkat masing-masing cara untuk mengayam ketupat.  Pada jam 12pm, acara tamat dan para peserta pulang ke rumah keluarga angkat untuk bersiap dan mengemas barang.  Pada jam 3pm, acara penutup dilangsungkan di Pusat Aktiviti yang dihadiri oleh beberapa orang besar seperti Pengerusi Homestay Kanchong Darat, Ketua Kampung, Penghulu Mukim Kelanang, dan Penolong Pendaftar UiTM. Para peserta dan keluarga angkat telah bertukar-tukar hadiah dan terdapat sesi bergambar bersama-sama.  Para peserta bertolak pulang ke UiTM pada jam 5pm.



0 comments:

Post a Comment