Tuesday, December 16, 2008

lAugH++sMILe++cRy++----> HAPPINESS!

..congratulations..
utk smua yg luangkan masa bersama dalam pgrm KKDKP
lets smile and laugh together
get close get belong together 4eva

...all the memories...


kU inGin lOmpat TinGGi


get close get belong together 4eva



mereka mmg nakal!


adh++syafiq++bob++alip


membasuh kaki di perhentian ke-7 (last)



dataran Lang menjadi saksi



keriangan di wajah kanak2 riang


peace



yok jln2 di pulau



group masak goSSip


gRoup masak Mamamia!



gRoup Masak?? --- ?

Monday, November 3, 2008

Kursus Aspirasi PEERS - 2008

Salam semua...

post kali ini bertujuan menghubungi semua peserta KAP 2008...
Program : Kursus Aspirasi PEERS
Tempat : Nur Bukit Unggul, Sepang
Tarikh : 21-23 Mac 2008

kepada semua peserta + fasilitator...
sila hubungi emel ini mzikri_31@yahoo.com (pengarah KAP 08)
dengan menyertakan bersama maklmat peribadi..

Nama penuh:
No marix:
i/c:
no telefon:
akaun bank islam:
group kumpulan semasa KAP:

ini bertujuan memulangkan semula duit yang mendapat bajet dari HEP..

due date : 15 Disember 2008

*di harap dapat bgtau kwn2 KAP yang lain. thanks


Sunday, October 19, 2008

Wahai Alumni PEERS

*Klu nak nampak sket, click la kat pic tu ye.. mohon sgt mantan presiden menghubungi kami~

Tuesday, September 30, 2008

Penyelarasan PEERS

Idea penyelarasan telah dikemukan oleh Penasihat PEERS Shah Alam, Encik Khairudin Mohd Thani. Di mana semua persatuan yang berada di bawah Unit Kaunseling dapat diselarasakan kepada nama Badan PEER Kaunselor (PEERS).

Ini bertujuan memastikan identiti PEERS dan persatuan di bawah unit kaunsling akan dikenali dan membawa satu misi dan visi yang sama. Dalam masa yang sama, kesempatan terhadap aktivti besar-besaran yang mampu membawa kepada satu perbincangan idea yang bernas dan bermanfaat kepada semua mahasiswa masa kini dapat diketengahkan.

Badan Peer Kaunselor juga memainkan peranan penting dalam melaksanakan aktiviti pembangunan tanpa mengira lapisan masyarakat. Berdasarkan aktiviti-aktiviti yang cuba di laksanakan oleh PEERS, PEERS juga melaksanakan aktivti yang mampu memberi kebaikan kepada masyarakat luar dan dalam bandar, membantu pelajar yang masih ketinggalan dalam pelajaran (memastikan mereka berpeluang menjejakkan kaki di universiti, dalam mahupun luar negara. Yang utamanya ialah, PEERS melaksanakan aktiviti yang membawa kepada faedah di dalam diri ahli-ahlinya sendiri. PEERS melaksanakan aktivti yang membawa kepada idea pembangunan ahli. Di mana, di samping menimba pengalaman dalam melaksanakan program, ahli juga akan membawa diri mereka ke arah satu jalan pembangunan yang mampu melatih diri mereka dan sebagai persediaan sebelum melihat satu dunia yang lebih mencabar dan penuh rintangan di luar universiti kelak. Dengan yang demikian, objektif-objektif Badan Peer Kaunselor dapat dilaksankan dan di capai.

Berdasarkan kepada usaha-usaha yang telah dilaksanakan PEERS Shah Alam, persatuan yang berada di bawah unit kaunseling, seperti UiTM Pahang, Melaka, dan Johor, telah dipilih sebagai perintis kepada usaha ini. Dengan yang demikian, besarlah harapan PEERS Shah Alam, jika idea dan usaha ini mendapat sokongan daripada persatuan-persatuan ini, sebagai langkah membawa Badan Peer Kaunselor ke arah yang lebih membina dan maju untuk semua masyarakat, sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam usaha membantu PEERS melaksanakan objektif yang ingin dicapai.

Sekian, terima kasih.

p/s : idea dan sebarang komen dalam usaha penyelarasan PEERS di seluruh sistem UiTM adalah amat digalakkan. Sekian,

+ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN +

Tuesday, September 16, 2008

Tempahan Tshirt PEERS...

Sape yang berminat nak tempah, hantarkan emel pada
get_readyguyz@yahoo.com.sg
harga rm20 ke atas...
bgtau
nama penuh, course, no matrix, no tepon, size baju, lengan pendek atau panjang.


(terbuka kepada semua alumni dan PEERS)




semua maklumat lanjut akan di hubungi melalui blog ini, emel anda, frendster peers atau no tepon anda!
semua maklumat tambahan akan di post di fs peers and blog ini..
terima kasih atas sokongan anda smua~

Wednesday, August 27, 2008

NPC (Synopsis) - Stages of Development

TIPS on Stages of Development

1. Transmit positive energy to others.

2. Open to learning

3. Learn to Share
- power of giving

4. Learn to Earn & Value

5. Character & Inner Strength
- high moral value

6. Action = Reaction
- Newton`s Law
- What You Sow Is What You Reap

7. Vision & Passion
- Visualize Your Goals

8. Be Grateful & Complaint Free

Fikir2kan lah.....
from Puan Mahani (NPC Speaker)

National Peer Convention

Event : National Peer Convention
Venue : MMU Cyberjaya
Date : 23 Aug 2008

Background -

Is a national conference structured as a platform to gather all peers who are future leaders of their respective countries. This programme is to enhance the knowledge of students and youths on current issues and to promote activities for youth participation.

Theme : Open Minds, Creating Futures
Vision : Promote the "National spirit" through cooperation among peers of nationals

Speaker :

1) Madam Muhaini bt Musa
District Manager, AIA Berhad

2) YBhg Datin Paduka Dr Hajjah Sharifah Mazlina bt Syed Abdul Kadir
Chairman/ CEO, M.E.P.S. Concept Holdings Berhad

3) Prof Madya Md Izuddin bin Hj Ali (Prof Izi)
Motivator, Lecturer UiTM

4) Dr Mohd Salmi bin Mohd Sood
Managing Director, In-fusion Solution SDN. BHD.


Congratulations to University Peer Group!
and
to all the Participants

Sunday, August 17, 2008

Start Wif PEERS


LOGO PEERS


Terdapat 3 karakter di dalam logo ini yang mewakili kaunselor, rakan sebaya dan pelajar yang sedang memegang buku dan berkaitan di antara satu sama lain. Ia melambangkan ilmu kaunseling yang harus dimiliki dan dipelajari oleh setiap karakter tanpa mengira pangkat dan usia. Namun begitu, sekali imbas ia kelihatan seperti anak panah yang membawa maksud setiap karakter ini menuju satu matlamat yang sama (menjadi seorang manusia yang berjaya). Bulatan kecil berwarna hitam di tengah logo ini melambangkan satu matlamat atau hala tuju yang satu dan bulatan besar melambangkan sikap bersatu-padu di antara setiap karakter.

Introduction



hye semua..
so ni lah seperti yang dijanjikan oleh PEERs UiTM--dlm frendster..
blog ini bertujuan utk medium penyelarasan kepada semua PEERS di cawangan..
ini adalah cadangan daripada PEERS UiTM Shah Alam dan atas nasihat, Penasihat PEERS Shah Alam - En Khairudin Mohd Thani a.k.a. En Din..
so it`ll be updated maybe sekali seminggu..
jadi jika adan komen, cadangan dan topic, boleh la hntar komen..

sokongan dari PEERS seluruh sistem UiTM adalah di harap2kan dan juga nasihat dan pandangan para Almuni Peers yang comel.. (comel ke??) and semua yang bergelar PEERS!!

syg semua!

Tuesday, February 19, 2008

PEERS blogger

Blogger - blogger PEERS UiTM.



Kepada mana-mana blogger PEERS yang berminat,
untuk mempopularkan blog korang
di kalangan ahli PEERS.
Sila tinggalkan komen pada post ini beserta dengan link ke blog korang
Aku akan add blog korang pada senarai blogger-blogger PEERS nie.
Korang juga diwajibkan untuk meletakkan banner blog PEERS pada blog korang.
Copy jer kod yang disediakan pada banner di sidebar.
Terima kasih Grin


@ipin01