Tuesday, September 30, 2008

Penyelarasan PEERS

Idea penyelarasan telah dikemukan oleh Penasihat PEERS Shah Alam, Encik Khairudin Mohd Thani. Di mana semua persatuan yang berada di bawah Unit Kaunseling dapat diselarasakan kepada nama Badan PEER Kaunselor (PEERS).

Ini bertujuan memastikan identiti PEERS dan persatuan di bawah unit kaunsling akan dikenali dan membawa satu misi dan visi yang sama. Dalam masa yang sama, kesempatan terhadap aktivti besar-besaran yang mampu membawa kepada satu perbincangan idea yang bernas dan bermanfaat kepada semua mahasiswa masa kini dapat diketengahkan.

Badan Peer Kaunselor juga memainkan peranan penting dalam melaksanakan aktiviti pembangunan tanpa mengira lapisan masyarakat. Berdasarkan aktiviti-aktiviti yang cuba di laksanakan oleh PEERS, PEERS juga melaksanakan aktivti yang mampu memberi kebaikan kepada masyarakat luar dan dalam bandar, membantu pelajar yang masih ketinggalan dalam pelajaran (memastikan mereka berpeluang menjejakkan kaki di universiti, dalam mahupun luar negara. Yang utamanya ialah, PEERS melaksanakan aktiviti yang membawa kepada faedah di dalam diri ahli-ahlinya sendiri. PEERS melaksanakan aktivti yang membawa kepada idea pembangunan ahli. Di mana, di samping menimba pengalaman dalam melaksanakan program, ahli juga akan membawa diri mereka ke arah satu jalan pembangunan yang mampu melatih diri mereka dan sebagai persediaan sebelum melihat satu dunia yang lebih mencabar dan penuh rintangan di luar universiti kelak. Dengan yang demikian, objektif-objektif Badan Peer Kaunselor dapat dilaksankan dan di capai.

Berdasarkan kepada usaha-usaha yang telah dilaksanakan PEERS Shah Alam, persatuan yang berada di bawah unit kaunseling, seperti UiTM Pahang, Melaka, dan Johor, telah dipilih sebagai perintis kepada usaha ini. Dengan yang demikian, besarlah harapan PEERS Shah Alam, jika idea dan usaha ini mendapat sokongan daripada persatuan-persatuan ini, sebagai langkah membawa Badan Peer Kaunselor ke arah yang lebih membina dan maju untuk semua masyarakat, sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam usaha membantu PEERS melaksanakan objektif yang ingin dicapai.

Sekian, terima kasih.

p/s : idea dan sebarang komen dalam usaha penyelarasan PEERS di seluruh sistem UiTM adalah amat digalakkan. Sekian,

+ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN +

Tuesday, September 16, 2008

Tempahan Tshirt PEERS...

Sape yang berminat nak tempah, hantarkan emel pada
get_readyguyz@yahoo.com.sg
harga rm20 ke atas...
bgtau
nama penuh, course, no matrix, no tepon, size baju, lengan pendek atau panjang.


(terbuka kepada semua alumni dan PEERS)




semua maklumat lanjut akan di hubungi melalui blog ini, emel anda, frendster peers atau no tepon anda!
semua maklumat tambahan akan di post di fs peers and blog ini..
terima kasih atas sokongan anda smua~