Thursday, March 19, 2009

Akhbar : Tautan Mekar

Salam..

 

Disini aku lampirkan keratan dari akhbar Sinar Harian Edisi Selangor Dan KL berkenaan program tautan mekar.

 

 

Peers UiTM bantu tingkat prestasi murid

 

SHAH ALAM – Menyedari kepentingan pendidikan di sekolah rendah mampu menjana kecemerlangan murid ke peringkat lebih tinggi, mendorong Persatuan Badan Kaunselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) (Peers) mengadakan Program ‘Tautan Mekar Bersama Siswa’ di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Anggerik Seksyen 6.

Peers adalah sebuah kelab yang aktif dalam memberikan kesedaran kepada penuntut UiTM akan kepentingan kaunselor dan rakan sebaya melalui pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran dan potensi diri.

Kecemerlangan yang ditonjolkan Peers sebagai badan sukarela melalui kegiatan sosialnya berjaya menarik minat SK Bandar Anggerik Seksyen 6 untuk menjalankan kelas tuisyen kepada murid lemah khususnya murid kelas pemulihan.

Selain itu, Peers juga membantu dan memberi tumpuan kepada murid lemah 3M (Membaca, Mengira dan Menulis) dengan menganjurkan kelas tuisyen.

Peers diilhamkan salah seorang ibu murid Tahun Empat sekolah berkenaan iaitu Rokiah Mahmod yang juga pensyarah merangkap kaunselor UiTM bagi membantu murid bermasalah menguasai pelajaran tertentu

Pengarah Program, Hani Farhana Ridzuan, 21, berkata, ini tahun kedua program itu diadakan di sekolah itu dan sepanjang setahun program tersebut mempunyai dua sesi pembelajaran iaitu pada Februari hingga April dan Julai hingga November berdasarkan kepada kalender semester pembelajaran fasilitator di UiTM.

Menurutnya, kelas tuisyen diadakan setiap Sabtu bermula jam 9 hingga 11 pagi yang menekankan tiga mata pelajaran penting iaitu Matematik, bahasa Inggeris dan Sains.

“Murid diberikan latihan berdasarkan sukatan pelajaran yang ditentukan sekolah manakala modul pelajarannya pula disediakan Peers.

“Setiap kelas mengandungi 40 murid melibatkan murid Tahun Dua, Tiga dan juga murid tahap dua. Tetapi ketika ini tumpuan diberikan kepada murid Tahun Dua, Empat dan Lima kerana murid Tahun Enam mengikuti kelas tuisyen khusus disediakan sekolah.

“Bagaimanapun sebelum memulakan pembelajaran akan diadakan sesi Taaruf iaitu sesi perkenalan antara murid dengan fasilitator dan menyanyikan beberapa lagu. Pada akhir waktu kelas juga diadakan ‘game’ berkaitan pembelajaran pada hari tersebut untuk menguji tahap kefahaman murid,” katanya kepada Sinar Harian.

Hani Farhana berkata, setelah dua tahun program tersebut berlangsung terdapat perubahan dari segi pencapaian murid antaranya mereka menjadi lebih berani dan berkeyakinan untuk tampil ke hadapan apabila diajukan soalan daripada guru.

“Namun yang lebih membanggakan apabila terdapat murid daripada kelas pemulihan berjaya melonjak ke kelas yang lebih baik setelah mengikuti program tersebut,” katanya.

Harapannya Program ‘Tautan Mekar Bersama Siswa’, dapat mencapai objektif membantu memulihkan dan meningkatkan pencapaian murid selain menyuntik semangat untuk terus belajar sehingga ke peringkat lebih tinggi.

Sinar Harian difahamkan Program ‘Tautan Mekar Bersama Siswa’ menjadi johan dalam program kemasyarakatan terbaik peringkat UiTM 2008 dan juga menjadi persatuan ketiga terbaik peringkat seluruh UiTM 2008.

 

Sumber : Sinar Harian Selangor & KL

Gambar kartun nabi muhammad

Salam…

Post nie bukan untuk menyebarkan atau mempromosi gambar Nabi Kesayangan kita yang telah dilukis dalam versi kartun.

 

 

Petition prophet Muhammad

Tapi , disini aku nak ajak semua umat Islam untuk sama – sama sign petition untuk yang meminta gambar Nabi Muhammad di delete dari wikipedia.

 

Klik kat sini …http://www.petitiononline.com/mjk123/

 

Tolong inform kat member.Suruh dorang semua sign petition nie

 

Gambar anda dapat lihat pada link ini …http://en.wikipedia.org/wiki/Muhammad

 

Sumber info : http://farhanfirdaus.via.my/2009/03/gambar-kartun-nabi-muhammad.html