Wednesday, April 15, 2009

Social site PEERS

Salam…

 

peers2

 

Untuk pengetahuan semua ahli PEERS , kami telah mewujudkan satu laman untuk semua ahli PEERS bersosial.

 

Laman ini menggunakan konsep yang hampir sama dengan friendster, tapi keahliaan hanya dihadkan kepada ahli PEERS UiTM (shah alam khususnya).

 

Mungkin pada masa akan datang , kita  akan buka social site ini untuk ahli PEERS satu MALAYSIA.Tapi buat masa nie, skop dikecilkan pada ahli PEERS UiTM MALAYSIA(SHAH ALAM)

peers

Nie gambar main site untuk social site ini.Diminta kepada semua ahli untuk menyebarkan kepada ahli – ahli yang lain.Tolongg la forward – forwardkan mesej nie kepada rakan – rakan and kat friendster ye.tq.

 

Jom kita semua ahli PEERS merapatkan lagi hubungan di sini.

 

PEERS UITM

 

wasalam.

Wednesday, March 25, 2009

MPPSP 2009

 

Salam perhatian !!!

 

Perhatian kepada semua ahli PEERS !

Pada 03/04/2009 , PEERS akan mengadakan dinner MPPSP.Seperti berikut :

 

Tempat : Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah

Tema : LAGENDA DAN FANTASI

Bayaran : RM 55

 

Kepada mana – mana ahli PEERS yang berminat , sila maklumkan kepada mana – mana Biro PEERS secepat yang mungkin.Tempat terhad.

 

Azi - 0172553278

Thursday, March 19, 2009

Akhbar : Tautan Mekar

Salam..

 

Disini aku lampirkan keratan dari akhbar Sinar Harian Edisi Selangor Dan KL berkenaan program tautan mekar.

 

 

Peers UiTM bantu tingkat prestasi murid

 

SHAH ALAM – Menyedari kepentingan pendidikan di sekolah rendah mampu menjana kecemerlangan murid ke peringkat lebih tinggi, mendorong Persatuan Badan Kaunselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) (Peers) mengadakan Program ‘Tautan Mekar Bersama Siswa’ di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Anggerik Seksyen 6.

Peers adalah sebuah kelab yang aktif dalam memberikan kesedaran kepada penuntut UiTM akan kepentingan kaunselor dan rakan sebaya melalui pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran dan potensi diri.

Kecemerlangan yang ditonjolkan Peers sebagai badan sukarela melalui kegiatan sosialnya berjaya menarik minat SK Bandar Anggerik Seksyen 6 untuk menjalankan kelas tuisyen kepada murid lemah khususnya murid kelas pemulihan.

Selain itu, Peers juga membantu dan memberi tumpuan kepada murid lemah 3M (Membaca, Mengira dan Menulis) dengan menganjurkan kelas tuisyen.

Peers diilhamkan salah seorang ibu murid Tahun Empat sekolah berkenaan iaitu Rokiah Mahmod yang juga pensyarah merangkap kaunselor UiTM bagi membantu murid bermasalah menguasai pelajaran tertentu

Pengarah Program, Hani Farhana Ridzuan, 21, berkata, ini tahun kedua program itu diadakan di sekolah itu dan sepanjang setahun program tersebut mempunyai dua sesi pembelajaran iaitu pada Februari hingga April dan Julai hingga November berdasarkan kepada kalender semester pembelajaran fasilitator di UiTM.

Menurutnya, kelas tuisyen diadakan setiap Sabtu bermula jam 9 hingga 11 pagi yang menekankan tiga mata pelajaran penting iaitu Matematik, bahasa Inggeris dan Sains.

“Murid diberikan latihan berdasarkan sukatan pelajaran yang ditentukan sekolah manakala modul pelajarannya pula disediakan Peers.

“Setiap kelas mengandungi 40 murid melibatkan murid Tahun Dua, Tiga dan juga murid tahap dua. Tetapi ketika ini tumpuan diberikan kepada murid Tahun Dua, Empat dan Lima kerana murid Tahun Enam mengikuti kelas tuisyen khusus disediakan sekolah.

“Bagaimanapun sebelum memulakan pembelajaran akan diadakan sesi Taaruf iaitu sesi perkenalan antara murid dengan fasilitator dan menyanyikan beberapa lagu. Pada akhir waktu kelas juga diadakan ‘game’ berkaitan pembelajaran pada hari tersebut untuk menguji tahap kefahaman murid,” katanya kepada Sinar Harian.

Hani Farhana berkata, setelah dua tahun program tersebut berlangsung terdapat perubahan dari segi pencapaian murid antaranya mereka menjadi lebih berani dan berkeyakinan untuk tampil ke hadapan apabila diajukan soalan daripada guru.

“Namun yang lebih membanggakan apabila terdapat murid daripada kelas pemulihan berjaya melonjak ke kelas yang lebih baik setelah mengikuti program tersebut,” katanya.

Harapannya Program ‘Tautan Mekar Bersama Siswa’, dapat mencapai objektif membantu memulihkan dan meningkatkan pencapaian murid selain menyuntik semangat untuk terus belajar sehingga ke peringkat lebih tinggi.

Sinar Harian difahamkan Program ‘Tautan Mekar Bersama Siswa’ menjadi johan dalam program kemasyarakatan terbaik peringkat UiTM 2008 dan juga menjadi persatuan ketiga terbaik peringkat seluruh UiTM 2008.

 

Sumber : Sinar Harian Selangor & KL

Gambar kartun nabi muhammad

Salam…

Post nie bukan untuk menyebarkan atau mempromosi gambar Nabi Kesayangan kita yang telah dilukis dalam versi kartun.

 

 

Petition prophet Muhammad

Tapi , disini aku nak ajak semua umat Islam untuk sama – sama sign petition untuk yang meminta gambar Nabi Muhammad di delete dari wikipedia.

 

Klik kat sini …http://www.petitiononline.com/mjk123/

 

Tolong inform kat member.Suruh dorang semua sign petition nie

 

Gambar anda dapat lihat pada link ini …http://en.wikipedia.org/wiki/Muhammad

 

Sumber info : http://farhanfirdaus.via.my/2009/03/gambar-kartun-nabi-muhammad.html

Tuesday, March 17, 2009

Kursus Asas Fasilitator 2009

 

Salam…

 

Sekitar KAF 2009 , di Kem El-Azzhar , Morib , Selangor dengan bertemakan :

Fasilitator Menjana Modal Insan Berwibawa

 

DSC00369 DSC00319 DSC00325 DSC00331 DSC00342 DSC00362 DSC00366 DSC00367

 

p/s : Semoga mereka mendapat ilmu yang berguna daripada program ini.Sekian

p/s/s : Ada sapa – sapa nak bagi komen pasal gambar diatas @ program ini @ post ini ?

Jom Join Group PEERS UiTM

Salam bermotivasi kepada semua…

 

Kami baru sahaja create satu PEERS UiTM di friendster. So , kepada mana – mana insan yang ada friendster , korang dijemput dengan segala hormatnya untuk sama – sama memeriahkan group PEERS UiTM ini.

 

Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menjalin dan merapatkan hubungan antara sesama kita.Korang boleh invite , sapa – sapa jer untuk join group nie.

 

Memang terbuka kepada semua umat manusia.

 

Diharapkan , dengan kewujudan group nie , akan bertambah satu medium untuk ahli PEERS saling berkenalan , menambah ilmu dan berkongsi ilmu.

 

Untitled

Thursday, March 12, 2009

Kem Kaunseling 1/2009

Salam..

 

Kami nak buat sedikit laporan berkenaan dengan Kem Kaunseling yang baru saja berlansung pada 7 – 9 MAc 2009.

 

Nama program : Kem Kaunseling

Tarikh : 07 – 09 MAC 2009

Tempat : Kalumpang Resort , Selangor

Tema kem : Membentuk pemimpin bersama kaunselor

Peserta : 41 orang

 

Kem ini telah disertai oleh 41 orang pelajar.41 orang pelajar ini telah dipilih dari badan PEERS , 3B dan JPK kolej Melati , Meranti , Seroja .

 

Disini disertakan sedikit gambar semasa kem tersebut..

 

Kem kaunseling kem kaunseling

 

kem kaunseling kem kaunseling

 

kem kaunseling kumpulan blutos

 

kem kaunseling kem kaunseling

Thursday, March 5, 2009

Berita tautan mekar

logo attention

 

 

Kepada semua ahli PEERS yang terlibat dengan program tautan mekar.Pada 07/03/09 , program tidak akan berjalan seperti biasa.

Dalam kata mudah , dibatalkan. Untuk pengetahuan semua , adik – adik Sek.Keb Bandar Anggerik Seksyen 6 akan menduduki peperiksaan pada minggu hadapan.


So , sama-sama la kita mendoakan kejayaan adik-adik kita.Demi nasib bangsa Melayu pada masa depan.hehehe

 

K la.Harap korang faham mesej pendek aku nie.Tq.

Wednesday, March 4, 2009

Kelas kaunseling : Komunikasi berkesan

 

komunikasi berkesan

TARIKH  :  04 MAC  2009

TEMPAT :  Dewan Kuliah F , Menara Sains Dan Teknologi

MASA     :   08.30 malam

 

Rasanya , hanya dengan membaca beberapa patah perkataan diatas dan melihat gambar tue , korang dah boleh faham.Tapi aku tetap nak terangkan kepada yang tak paham.

 

Menjadi satu rutin mingguan PEERS untuk mengadakan kelas kaunseling pada setiap hari rabu.Jadi , seperti biasa minggu ini kelas akan berjalan seperti biasa.Takde batal – batal ye.Jangan wat –wat lupa plak.

 

Ada pape – pape soalan leh mesej biro PEERS untuk jawapan secepat mungkin.Atau tinggalkan komen , dan aku akan jawab dalam post akan datang.tq

 

MAJU PEERS UNTUK KITA SEMUA !

Wednesday, February 25, 2009

First Day : CAIREX 2009

Salam...

 

Aku nak post sedikit gambar yang aku amik masa first day CAIREX 2009 ..

Gambar - gambar yang aku amik nie juz sekitar booth PEERS.Nanti aku akan masukkan gambar -gambar len sekitar CAIREX.

     

     CAIREX 2009 (1) 

     

    CAIREX 2009 (4)

    CAIREX 2009 (5)

    CAIREX 2009 (6)

    CAIREX 2009 (7)

    CAIREX 2009 (8)

    CAIREX 2009 (9)

    CAIREX 2009 (10) CAIREX 2009 (11) CAIREX 2009 (12) CAIREX 2009 (13) CAIREX 2009 (14) CAIREX 2009 (15) CAIREX 2009 (16) CAIREX 2009 (17) CAIREX 2009 (18) 

 
 

    Maaf la.Sebab tak banyak sangat gambar yang aku amik.Nanti aku akan cari lagi gambar - gambar menarik PEERS dari member - member PEERS len.

     

    p/s : Mana – mana ahli PEERS yang ada gambar nak disedekahkan , leh bagitau kat komen.Tq.

    Wednesday, February 18, 2009

    Kursus Asas Fasilitator 2009

    Salam..

    Perhatian kepada semua ahli PEERS 2009 yang menyertai :

    KURSUS ASAS FASILITATOR 2009


    KAF akan berlansung seperti berikut :

    Tarikh : 13 - 15 MAC 2009.
    Tempat : Kem El-Azzhar , Morib, Selangor.

    Kepada semua ahli PEERS yang terlibat, sila ambil perhatian dengan pengumuman ini.

    Tolong maklumkan pada rakan-rakan yang lain.Sila pastikan anda kerap melawat blog PEERS untuk mendapatkan sebarang maklumat terbaru.

    Terima Kasih

    Link exchange antara blogger PEERS

    Kepada semua blogger PEERS :
    Anda amat-amat dialu-alukan untuk
    membuat link exchange dengan blog PEERS.

    Blog anda akan disenaraikan di blog PEERS,
    dan anda juga perlu membuat link ke blog PEERS
    pada blog anda.

    Mari sama-sama kita memberi rangkaian blogger
    PEERS UiTM.Hot

    p/s :Sila tinggalkan link ke blog anda pada ruangan komen.Dan sila pastikan anda telah meletakkan link ke blog PEERS UiTM pada blog anda.Terima kasih.Sila kongsi info nie dengan blogger PEERS yang lain.Grin

    Friday, February 13, 2009

    Menuai Kemesraan PEERs

    Program
    Menuai Kemesraan PEERs UiTM


    akan berlangsung pada
    14 FEBRUARY 2009


    bertempat di
    SEKITAR UITM MALAYSIA


    bermula pada jam
    5pm

    bersama pelajar-pelajar
    UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

    Sunday, February 8, 2009

    SUKARELAWAN AHLI PEERS DIPERLUKAN!!!!!!!!!

    Information for all PEERS members...
    Our Counseling Unit, will conduct a giant event that need alot of volunteer.

    The Event are:

    CAREER AND INDUSTRIAL RELATIONS EXPO (CAIREX)

    that will be held on:

    24th February 2009

    at:

    Dewan Seri Budiman

    that will be ceremonial by:

    Datuk Seri khalid
    the minister of ministry of higher education

    thus, we need many of volunteer for this program. for your information,our club also will be take participant on this event and we will open a booth on this event. So, give your name to be one of the volunteer for this program.

    for information and to registered:
    please call

    017-9790279 (Atikah)

    .NOTIS.

    PROGRAM TAUTAN MEKAR BERSAMA SISWA

    Pogram ini adalah program bersama pelajar-pelajar darjah 4-6 Sekolah Kaebangsaan Bandar Anggerik Seksyen 6 Shah Alam. Iaitu memberi kelas Tusyen secara percuma kepada pelajar-pelajar tersebut. Sehubungan dengan itu, kami AJK PEERs 09 menjemput Ahli PEERS untuk menjadi sukarelawan dan Tutor kepada adik-adik kita. Program ini akan berlangsung seperti berikut:

    • Setiap hari Sabtu bermula 07 Februari 2009
    • Bertempat: Sek. Keb. Bandar Anggerik Seksyen 6
    • Masa: 9.00 pagi - 11.30 pagi
    Oleh itu, daftarkanlah diri anda untuk menjadi sukarelawan dan tutor bagi program ini. SIJIL akan diberikan kepada Ahli yang hadir lebih daripada 3 kali.

    SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
    013-2171719 ( HANI FARHANA)

    P/S: Pada 14 februari 2009, kelas tusyen ini tidak akan berjalan. Berikutan hari sekolah ganti bagi sekolah berkenaan. program ini akan bersambung kembali pada 21.02.2009

    PEMBERITAHUAN

    BAGI MAKLUMAN SEMUA AHLI PEERS...

    PROGRAM KELAS KAUNSELING KELOMPOK

    SEDANG BERLANGSUNG PADA:

    SETIAP MALAM RABU
    JAM 8.00-10.00 MALAM
    BERTEMPAT: DEWAN KULIAH F (MENARA S&T)

    SEMUA AHLI PEERS DI JEMPUT MENGHADIRI KELAS KAUNSELING INI.KERANA PELBAGAI AKTIVITI MENARIK YANG TELAH DISEDIAKAN.DAN JUGA PELBAGAI INPUT DAN ILMU KAUNSELING BOLEH DI PEROLEHI.KEHADIRAN ANDA ADALAH AMAT DI ALU-ALUKAN. TOPIK BERLAINAN AKAN DISEDIAKAN SETIAP MINGGU...

    KUPON AKTIVITI DISEDIAKAN

    UNTUK MAKLUMAN LANJUT SILA HUBUNGI:
    0196341708 (MAISARAH)


    .CONGRATZ.

    TAHNIAH!!!!!!

    PEERS telah memenangi dua anugerah dalam
    majlis Anugerah Kecermelnagn Persatuan dan Kelab yag telah berlangsung pada 02 Februari 2009 Bertempat di Dewan Sri Budiman

    Anugerah Tersebut ad
    alah:
    • Anugerah persatuan/kelab terbaik kategori khidmat masyarakat dan sosial
      (JOHAN)
    • Anugerah program terbaik
      (2nd Runner-up)
    Ucapan ribuan terima kasih atas sokongan dan dorongan anda sekalian...diharap kemenangan ini akan diteruskan lagi bagi generasi masa kini....
    TAHNIAH sakali lagi diucapkan.....